nuff time (~~,)

Tuesday 27 September 2011

~ new catwoman ~

article di petik dari http://uk.movies.yahoo.com/ (~~,)

hihih macam biasa...lepas check email i akan tgk pics yg ada di yahoo :) kali ni saya nak try translate ke bahasa melayu plak (~~,) moga terhibur dgn ayat2 saya k ihiks (~~;) 

Sut Catwoman Hathaway lengkap  didedahkan :)

Isnin Sep 26 02:44PM oleh Orlando Parfitt

 gambar-gambar Anne Hathaway yang hebat memakai sut Catwoman telah muncul dari set ‘The Dark Knight Rises’. dia sudah pun dikesan menggunakan sebahagian gear Catwoman (perched on top of the Batpod,) tetapi ini merupakan kali pertama kita dapat lihat sepenuhnya sut yang anggun ini. 

masa gambar yang pertama dikeluarkan, ramai peminat kecewa dengan sut itu. Mereka membantah gogal, kekurangan topeng dan, paling teruk sekali, ketiadaan telinga. 

gambar baru ini boleh melegakan sedikit keresahan peminat, dengan adanya topeng, gogal dan telinga kucing juga. Tapi misai masih tak ada ya :)
nama sebenar watak ini adalah Selina Kyle, pertama kali menjadi terkenal di luar komik oleh Julie Newmar (kemudian Eartha Kitt dan Lee Meriwether untuk filem spin-off) dalam siri TV tahun 1960-an. sut beliau adalah berwarna ungu kitsch dan ada seutas kalung emas dan tali pinggang.
 

sementara itu, catsut Michelle Pfeiffer dari ‘Batman Returns’ 1992 adalah ikonik vinil serba-hitam yang merangkumi hampir keseluruhan muka. Dia juga mempunyai cemeti.


dalam filem-filem sebelumnya latar belakang watak itu telah menyimpang jauh dari yang ditulis oleh Bob Kane untuk komik asal. dalam ‘Batman Returns’, Selina Kyle adalah seorang setiausaha yang kesepian telah dihidupkan semula secara  misteri oleh sekumpulan kucing liar selepas dia ditolak keluar dari tingkap oleh bosnya yang jahat. Dia mendapat satu kuasa besar iaitu sembilan nyawa.
  
versi Halle Berry 'Catwoman' pula banyak diejek dan sutnya adalah jauh lebih mendedahkan dengan cuma setengah coli kulit hitam dan beberapa tali pinggang. watak Halle Berry juga melihatkan ciri-ciri yang dibayangkan sebagai pekerja pejabat yang tidak terurus - kali ini menjadi seorang pereka grafik di sebuah syarikat kosmetik. beliau ditukarkan menjadi Catwoman oleh dewa kucing dari Mesir, Bastet selepas pengalaman hampir mati. Sekali lagi dia mempunyai kuasa-kuasa besar.



sut Hathaway lebih banyak fungsi dan boleh kita katakan bahawa ia kurang seksi daripada jelmaan sebelumnya. walaupun untuk catsuit kulit yang ketat juga.
ini mungkin tidak menghairankan memandangkan rasa realistik yang dipamerkan dalam filem terbaru 'Batman' yang diarahkan oleh Christopher Nolan. Semua cuba untuk memberi penerangan yang munasabah tentang asal-usul watak dan kita menjangkakan yang sama dari Catwoman.

 Sebaliknya, ia berkemungkinan versi Hathaway akan menjadi lebih dekat dengan watak asal Bob Kane: pencuri misteri dan pencuri permata yang berkongsi bibit romantis dengan Batman, walaupun kita tidak pasti tahu .

Plot untuk
‘The Dark Knight Rises’ kini rahsia yang dijaga rapi, tetapi kita tahu bahawa Tom Hardy memainkan jahat Bane, Christian Bale sebagai Batman dan dibintangi juga oleh Michael Caine, Morgan Freeman dan Gary Oldman. 


Filem ini akan ditayangkan pada July 2012.


hahahaah kelam kabut bahasa :D mcmana? ok tak ? (~~,)

4 comments:

  1. hehehe...agak skema ayatnya tp ok la tuh..haha..lambat lgi nk kuar cter ni rupenyer

    ReplyDelete
  2. huhu..lmbt agi..tahun dpn.. meeoooowww! grrrr~

    ReplyDelete
  3. font tu ko yg kelam kabut..kekekeke!

    ReplyDelete
  4. suke yg catwoman dlm batman returns tu..huhuu tp sut yg anne hathaway sopan sikit kot sbb xkilat..

    ReplyDelete