nuff time (~~,)

Wednesday, 24 August 2011

Mee Hailam Mama :)

Salam Ramadhan24 :) hari ni rasa nak bagitau Mee hailam mama i memang terbaek:) ihiks selalu menjadi pojaan hati i :) bila tau dia nak buat mee hailam i akan pergi ke Giant beli cili hijau jeruk sebab tak tau nak buat sendiri :p so i nak kongsi resipi ni so u guys pun boleh rasa :)

Bahan2:
Sepeket mee kuning
Seikat sawi bunga (kalau sawi hijau yang xda bunga tu pahit xsedap :p )
Semangkuk udang yang dah di kopek
Semangkuk isi ayam
Semangkuk fish cake / fish ball
3 sudu besar tepung jagung (digaul dgn air untuk pekatkan kuah)
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
5 sudu besar minyak masak
Separuh labu bawang putih
Separuh cawan air masak

Cara2:
  1. Panaskan kuali lepas tu masukkan minyak.
  2. Bila minyak dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau wangi bukan naik bau hanget tau :p
  3. Lepas tu masukkan udang,ayam, dan fish cake.
  4. Dah nampak masak, masukkan kicap pekat, sos tiram, garam dan air tepung jagung tadi.
  5. Dah sebati masukkan meeeeeeeee :)
  6. Kacau sampai menggelegak baru masuk sawi :)
  7. Tadaaaaaaaa.... dah siap utk dimakan bersama2 keluarga tersayang :)
Ok tak ? hihii kalu ada pertanyaan boleh tanya :) agak2 i x blh jawab i tanya mama i ok :)

Selamat mencuba :) 

Tetiba lapooooooo mee hailam mama i ni :'(

8 comments:

  1. bulan pose ni tgk ape pun sedap..:),mujur pc ni x leh mkn..kalau x abis kekoh dah..hehe

    ReplyDelete
  2. uishhh suka mi yang macam ni...perfecto! dari rupa warnanya dan kelpekatan kuahnya, ummmppphhh!

    ReplyDelete
  3. yummy sedappp nyer mama masak mmg sedap pun hehhe
    wei buat cilik jeruk senang je la hehhe nanti i ajar ok hehhe

    ReplyDelete
  4. nyummm nyummmmm
    eiiii gmbo tue
    wat tergugat tol lahhh
    heheeh
    salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. heheheh tergugat kan :) Tq semua comment:)ummi hayfa nanti ajar i tau :) nak karipap juga nak agar2 buah jugak :D

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..nampak macam sedap.,,nak cuba la malam nie ehhehe

    ReplyDelete