nuff time (~~,)

Sunday, 18 September 2011

my own baked macaroni :)

ok hari ni i buat baked macaroni :) tetibe je rasa nak buat...bila da buat byk i pun calling2 la kwn2 i yg dkt2 sini makan sekali :)
yg blh datang pun 2 couples je so yg lbh i tinggal utk abg, mama n hubby i :) 
i punya senang je nak buat...tak ikut resipi mana pun cuma white sauce utk topping je i belajar dari "Kongsi Resipi" :) ok ni dia bahan2 n kaedah nya :p
bahan2 :-
500g macaroni (nak guna pasta jenis lain pun blh) :)
560g DOLMIO pasta sauce mushroom & herbs...( ni nak guna pasta sauce lain pun blh) :p
800g ayam/daging cincang
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
sedikit garam & mixed herbs 
3 biji telur

bahan2 untuk white sauce :-
2 cup fresh milk
1 tbsp butter
sedikit lada sulah
2 tbsp tepung gandum (dibancuh air)
1 slice cheesedale
sedikit garam

cara2 :-
  1. rebus macaroni el dente :) biasa nya i akan rebus mlm seblm buat baked macaroni ni :p
  2. tumis bawag merah & putih sampai naik bau.
  3. masukkan ayam/daging cincang, garam & mixed herbs.
  4. bila ayam/daging tadi dah masak, masuk kan pasta sauce.
  5. nampak dah mendidih, masukkan macaroni dan gaul sampai rata. dah rata tutup api.
  6. butter kan tin/loyang/pyrex seblm masukkan macaroni yg dah siap masak tadi.
  7. selepas masukkan separuh macaroni tu ke dalam tin, masukkan separuh telur yang dah dipukul kemudian masukkan lagi baki macaroni tu. tuangkan lebihan telur tu ke atas macaroni. ini untuk melekatkan sesama macaroni agar tak hancur sgt masa potong nanti :)
  8. kemudian panaskan kuali untuk white sauce.
  9. cairkan butter & masukkan cheesedale kacau sampai cair than masukkan susu.
  10. bila susu dah mendidih, masukkan lada sulah & garam.
  11. last, masukkan bancuhan tepung tadi & kacau sehingga pekat.
  12. bila dah pekat tutup api dan tuangkan keatas macaroni yg dlm tin tadi. make sure white sauce tu cover semua permukaan atas tau kalu tak nanti keras pulak macaroni tu :)
  13. bakar dalam 45-50 min atau hingga permukaan atas tu keperangan pada suhu 160'.

ok senang tak? :) hihihi ni lah hasilnya :)

ok ni dari pandangan atas :)

ni pandangan sisi plak :p

ok i plak pandangan dari setiap sudut selepas dipotong :) yg bwh tu tak berapa lekat sebab lupa nak letak telur :p
bon apetite (~~,)

1 comment:

  1. dapt jugak belajar kat sini...suke2..nk try :D


    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete